Friday, October 22, 2010

Mat Rempit Bodoh


Copy From Nonie's Heart Blog

kesal dengan apa yang berlaku di taman perumahan nonie malam tadi...

bg call bagitau masa dia balik keje ada satu kemalangan berlaku dekat dengan simpang masuk ke taman umah kami tu... nonie memula takla terkejut sangat sebab memang simpang tiga nak masuk ke taman tu memang selalu je eksiden... jalannya sibuk & besar la gak, jadi kereta laju2 kat situ takde traffic light.. memangla mengundang eksiden... setiap kali nak keluar simpang tu memangla berdoa2 & kena berhati2 sentiasa...

tapi eksiden malam tadi tu memang agak tak patut la gak... jadinya bukan di simpang... tapi di susur masuk ke dalam taman... motor dgn motor, sorang meninggal.. sorang lagi patah riukla gak... eksiden sebab ada mat rempit yg bodoh piang dgn motor modifiednya dok test power kat jalan dlm taman tu... jalan tu memang sedap nak merempit sebab luas & tak banyak kenderaan... tapi, tengah2 dia merempit tu tiba2 keluar plak kereta polis kat salah satu simpang taman tu... dia cuak, terus patah balik jalan menyonsang hala ke jalan utama keluar dari taman tu.... lansung bertembung dengan sorang mamat ni yang baru balik keje menyusur masuk dari jalan utama tu ke jalan taman... eksiden la! hancur motor mat rempit tu patah tiga sbb memang motor tu nampak fragile, modified btul, seat papan, roda pun cam roda basikal apa semua.... yang kesiannya... yang meninggalnya mamat yang balik keje tu... mat rempit tu setakat patah riuk... ish, naya org btul!

tak lama lepas eksiden tu datang plak mak mat rempit tu kat tempat kejadian, masa tu anak dia dah kena bawak pi spital la... yg tinggal jenazah mangsa tadi dengan motor2 tu la... blh plak mak cik tu lorat kata "ni bukan motor rempit ni... motor modified je... tak haram ni.." nak menegakkan benang yg basah plak konon nak kata anak dia tak salah.... apa neraka! kalau anak dia tak salah apahal lak nak lari dari polis sampai buat naya kat org lain... berani plak nak bebel2 kat situ... bila org dah mula ramai cam tunjuk tak puas ati ngan anak dia... dia pun bla...

yang sedih, tak lama lepas tu datang plak anak perempuan tunggal mangsa yang meninggal tu... dalam sekolah menengah kot, menangis2 tgk jenazah ayah.. dia... mak mertua mangsa pun datang merayu2 suruh jenazah tu bangun... mengikut cerita, wife mangsa, tengah mengandung 7 bulan pengsan depan rumah mendengar berita kemalangan tu.... rumah derang pun tak jauhla dari umah kitaorang....

nonie sedih + kesal + geram dengar cerita ni.... dek kerana sifat tak bertanggungjawab & nak berseronok2 mat2 rempit ni, membawa kecelakaan & kesedihan kepada orang lain.... kalau ko tak sayang nyawa ko, nak jadik bodoh, nak mati sensorang tu lantak pi la... ini bila melibatkan orang lain tak berdosa memangla tak puas ati btul....

apapun takziah kepada keluarga mangsa & Al-Fatihah kepada beliau... semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

admin : masih ada kah manusia mahu menegakkan benang yang basah..? mengatakan hanya sebahagian mat rempit sahaja yang berperangai macam monyet..? sampai bila masyarakat Malaysia nak hidup dibayangi bayang2 hitam dek kejahatan dan kebodohan mat rempit yang kurang akal..? Dah la bodoh, perangai hodoh menyusahkan orang.

Monday, September 27, 2010

Alasan Bodoh Mat Rempit

1. Amerika Pun Ada Mat Rempit
Bodoh punya statement dari mat rempit apabila menyatakan mereka sama dengan kelab mat motor di Amerika seperti US Marshall dan USA Bikers yang menggunakan motor besar berbanding motor bising mereka. Malahan bikers di USA punya kerjaya, punya bengkel dan kelab sendiri berbanding Mat Rempit yang yang hanya tahu menyusahkan masyarakat dan menempek di dataran merdeka mengacau gadis2 yang kadangkala punya taraf lebih tinggi dari mereka.

2. Mat Rempit melahirkan Jaguh Lumba Motosikal
Pernah dengar Valentino Rossi merempit menyusahkan pengguna jalan raya lain apabila memandu di jalan raya..? Mat rempit hanya berangan-angan mahu dihormati dikalangan masyarakat dengan kebolehan mereka memecut laju di jalanraya sedangkan hakikatnya orang mencemuh, meluat dan menyampah dengan kebodohan dan kebiadapan mat rempit yang selekeh dan berperangai macam orang hutan. Kerana mat rempit juga, seluruh belia muda Melayu kadangkala dicemuh sebagai tak ada otak. Mat rempit menyumbang sebahagian besar kepada tanggapan negatif orang bukan Melayu pada bangsa Melayu.

3. Tiada Cara Lain Berhibur
Antara alasan paling bodoh mat rempit. Kalau dah memang otak dungu, alasan pun sentiasa dungu. Pernah terfikir kenapa hanya anak Melayu jadi mat rempit..? Menyusahkan pengguna lain di jalanraya, apakah itu hobi mat rempit. Memang otak dungu pemikiran sempit sampai bila pun tak akan maju. Tak ada duit seperti orang lain..? Kalau dah merempit 24jam, tak pernah berusaha nak memajukan diri, hanya mengharapkan duit pertaruhan lepas tu nak bagi alasan tak ada duit untuk berhibur seperti orang lain.

To Be Continue..

Ps : Mat rempit kata, orang pandang hina pada kami sebab tu kami jadi begini. Hakikatnya mereka sendiri yang menyebabkan diri mereka dipandang hina. Kerana mat rempit pengguna jalan raya jadi takut, sedangkan kebanyakan mereka cukai jalan pun tak ada.

Belia Benci Rempit


Blog ini dibuat untuk mendedahkan segala kebodohan mat rempit dan perkara-perkara yang berkaitan dengan mat rempit seperti minah rempit dan bunyi ekzos bising. Mari menyokong blog ' Rempit Celaka ' supaya kita dapat mendedahkan segala kebodohan mat rempit yang menyusahkan lain-lain pengguna di jalanraya.

Tapi perlu diingatkan bukan semua mereka yang bawa motor itu mat rempit. Jangan samakan mat motor dengan mat rempit walaupun semua mat rempit itu mat motor.

Mat rempit memalukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia dengan sikap mereka yang samseng di jalanan seolah-olah hanya mereka yang bayar cukai jalan (itupun kalau ada cukai jalan), fesyen yang hodoh, bunyi bising yang macam sial dan kes2 jenayah seperti ragut yang dilakukan oleh mat rempit.

Siapa mat rempit..? Mat rempit adalah golongan anak muda yang suka bikin motor seperi ekzos bising, berlumba di jalan raya, dengar lagu jiwang, fesyen bodoh seperti pakai seluar kecik bawah, topi kepak atas, rantai dan gelang besar2 bajet hip hop, berlagak samseng dan paling teruk disebabkan kerakusan mereka memandu, jika kemalangan mereka menyalahkan orang pula.

Jadi sesiapa yang benci mat rempit, mari sokong blog ini dan luahkan idea anda.

Sekali lagi diingatkan BUKAN semua yang bawa motor itu mat rempit..!