Friday, October 22, 2010
Mat Rempit Bodoh
Copy From Nonie's Heart Blog
kesal dengan apa yang berlaku di taman perumahan nonie malam tadi...
bg call bagitau masa dia balik keje ada satu kemalangan berlaku dekat dengan simpang masuk ke taman umah kami tu... nonie memula takla terkejut sangat sebab memang simpang tiga nak masuk ke taman tu memang selalu je eksiden... jalannya sibuk & besar la gak, jadi kereta laju2 kat situ takde traffic light.. memangla mengundang eksiden... setiap kali nak keluar simpang tu memangla berdoa2 & kena berhati2 sentiasa...
tapi eksiden malam tadi tu memang agak tak patut la gak... jadinya bukan di simpang... tapi di susur masuk ke dalam taman... motor dgn motor, sorang meninggal.. sorang lagi patah riukla gak... eksiden sebab ada mat rempit yg bodoh piang dgn motor modifiednya dok test power kat jalan dlm taman tu... jalan tu memang sedap nak merempit sebab luas & tak banyak kenderaan... tapi, tengah2 dia merempit tu tiba2 keluar plak kereta polis kat salah satu simpang taman tu... dia cuak, terus patah balik jalan menyonsang hala ke jalan utama keluar dari taman tu.... lansung bertembung dengan sorang mamat ni yang baru balik keje menyusur masuk dari jalan utama tu ke jalan taman... eksiden la! hancur motor mat rempit tu patah tiga sbb memang motor tu nampak fragile, modified btul, seat papan, roda pun cam roda basikal apa semua.... yang kesiannya... yang meninggalnya mamat yang balik keje tu... mat rempit tu setakat patah riuk... ish, naya org btul!
tak lama lepas eksiden tu datang plak mak mat rempit tu kat tempat kejadian, masa tu anak dia dah kena bawak pi spital la... yg tinggal jenazah mangsa tadi dengan motor2 tu la... blh plak mak cik tu lorat kata "ni bukan motor rempit ni... motor modified je... tak haram ni.." nak menegakkan benang yg basah plak konon nak kata anak dia tak salah.... apa neraka! kalau anak dia tak salah apahal lak nak lari dari polis sampai buat naya kat org lain... berani plak nak bebel2 kat situ... bila org dah mula ramai cam tunjuk tak puas ati ngan anak dia... dia pun bla...
yang sedih, tak lama lepas tu datang plak anak perempuan tunggal mangsa yang meninggal tu... dalam sekolah menengah kot, menangis2 tgk jenazah ayah.. dia... mak mertua mangsa pun datang merayu2 suruh jenazah tu bangun... mengikut cerita, wife mangsa, tengah mengandung 7 bulan pengsan depan rumah mendengar berita kemalangan tu.... rumah derang pun tak jauhla dari umah kitaorang....
nonie sedih + kesal + geram dengar cerita ni.... dek kerana sifat tak bertanggungjawab & nak berseronok2 mat2 rempit ni, membawa kecelakaan & kesedihan kepada orang lain.... kalau ko tak sayang nyawa ko, nak jadik bodoh, nak mati sensorang tu lantak pi la... ini bila melibatkan orang lain tak berdosa memangla tak puas ati btul....
apapun takziah kepada keluarga mangsa & Al-Fatihah kepada beliau... semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
admin : masih ada kah manusia mahu menegakkan benang yang basah..? mengatakan hanya sebahagian mat rempit sahaja yang berperangai macam monyet..? sampai bila masyarakat Malaysia nak hidup dibayangi bayang2 hitam dek kejahatan dan kebodohan mat rempit yang kurang akal..? Dah la bodoh, perangai hodoh menyusahkan orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)